Tuesday, October 27, 2009

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT (PENDIDIKAN)

  • Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
  • Mengurus buku kehadiran Guru / Staf Sokongan
  • Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
  • Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
  • Mengambil dan meminitkan surat.
  • Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan.
  • Mengepos dan mengambil surat.
  • Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
  • Mengemaskini sistem fail.
  • Mengemas bilik Pengetua/Guru Besar dan bilik cetak.
  • Menentu dan memastikan susunatur, kekemasan dan kebersihan pejabat sentiasa diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat.
  • Merekod menguruskan pengambilan Dokumen-dokumen seperti : Sijil-sijil peperiksaan UPSR / PMR / SMA / SPM / STPM / STAM. Surat Akuan / Sijil Berhenti Sekolah.
  • Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk kegunaan guru / kakitangan / murid sentiasa mencukupi.
  • Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat serta membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan pejabat.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari masa ke semasa.

6 comments: