Tuesday, January 8, 2013

KAJI GAJI MAKSIMUM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kadar kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum dinaikkan sebanyak lima hingga 10 peratus.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peratusan kenaikan itu berdasarkan jumlah penjawat awam yang mencapai gaji maksimum tidak ramai iaitu kurang dari 300,000 orang.
''Kajian mengenai kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum ini sudah lama dinantikan mereka yang terlibat dan kami mengharapkan tahun 2013 akan memberikan berita baik kepada golongan tersebut.
''Namun, CUEPACS berharap mekanisme kenaikan itu tidak boleh dibuat secara pukul rata bagi memastikan keadilan kepada semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Tambah Omar, pihaknya mencadangkan kenaikan sebanyak lima peratus diberikan kepada kumpulan pengurusan profesional dan 10 peratus bagi kumpulan pelaksana dalam gred satu hingga 40.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan kadar inflasi.
Inisiatif itu, katanya, akan diteliti terlebih dahulu selepas pihaknya menerima laporan khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelang pertengahan bulan ini.Kata beliau, selepas pihak JPA menerima laporan daripada suruhanjaya, mereka akan mengkaji penemuannya sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada kerajaan.
 
- Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment